Tuesday, November 29, 2011

KISAH DONGENG

macam mana nak diterangkan kisah dongeng penglipur lara ni ye. cerita dia bila... A dah lama suke kat B. Tapi bila lambat luahkan perasaan kat B. B dah bertemu dengan C. dan mereka bercinta. tapi di A plak..... teruskan hidup macam biasa. sampai la bertemu balik dengan si B. lama lama si B jatuh cinta dengan A. Diorang jadi sahabat baik. tapi masing masing memendam perasaan. dan.. akhirnya terluah... tapi... B ada C. B pulak nak A jugak. pelik tak? sekarang ni... A tau... C nakkan masa depan dengan B. A tak sampai nak rosakkan hubungan B dengan C. Pening kan???

jadi... sampai masanya... A buat keputusan. satu hari nanti dia akan tinggalkan B jugak. susah atau senang, A bercadang nak g jauh dan tinggalkan si B dengan C.

Tapi... A tau.. hati dia hanya pada B sorang. walapun dia ego. dia seringkali sakitkan hati B yang tak pernah lelah mengalah merebut hati. A mmg jatuh hati pada si B. tapi apa boleh buat... too little to late.

jadi kawan2?

kalau jatuh cinta atau seseorang tu.. luahkan. jgn tertinggal satu jadual kereta api yang membuatkan kita menyesal pada masa depan kelak. sikit je A terlewat. mungkin Sehari, mungkin dua hari... mungkin seminit selepas dia jatuh cinta. tapi nak buat macam mana... sememangnya terlewat.

bila dah jadi macam ni.. aku banyak menangis. nak diputar kembali masa mungkin tak mampu.cuma memijak masa depan yang masih belum nampak lah gamaknya..

i am a horrible person. tapi aku tak nak jadi kejam pada orang lain. takutnyaaaaaa aku buat orang lain menangis atas sebab tindakan sendiri. kannnnn ?

hehehehe merepek ape ye malam malam ni? ni lah kisah dongeng tahun 956 sebelum masihi. hahahahaha

ada yang rasa nak diluahkan. baik saya luahkan. sebelum meletopsss!!!!